its all in the past

hai, saya Lily dan saya mempunyai satu masalah atau patutkah saya panggil ianya sebuah trauma?? apa yang boleh saya katakan ialah, zaman persekolahan saya bukanlah indah mana tapi tidaklah begitu teruk.. mungkin? Ketika berada di tadika, saya dibuli dan dipulaukan sehingga saya demam panas sehingga saya pernah bercadang untuk berhenti, namun berkat pujukan ibu bapa, saya bertahan walaupun hari-hari yang dilalui terasa begitu menyesakkan. saya terlalu sunyi apabila berada di tadika.

Naik sahaja ke sekolah rendah, saya dilayan secara tidak adil oleh kebanyakkan guru sehingga mendapat gelaran yang membuatkan saya merasa begitu rendah diri. Pada mulanya, saya hanya mengambil ianya sebagai bahan jenaka namun lama-kelamaan saya merasa ianya semakin melampau sehingga setiap kali latihan kelab dijalankan, saya sering dijadikan bahan ejekan dan dimarahi tanpa sebab yang munasabah. Bahkan orang yang saya percaya, hanya menutup mata membuatkan saya berasa benar-benar berasa sedih , sendirian dan tertekan sehingga hidung saya sering berdarah. Saya terlalu penat untuk menghadapi suasana sama setiap hari.

saya pernah terfikir untuk bunuh diri, namun saya katakan pada diri,

“hari esok akan lebih baik. bertahan sikit sahaja lagi..”

“kalau awak putus asa, awak dah tak dapat makan ayam goreng kesukaan awak lagi..”

ketahuilah, saya bersyukur, saya tidak melakukannya.

sehingga ke hari ini, saya masih berusaha untuk keluar dari masa lalu saya kerana saya yakin masa depan yang cerah sedang menungu. selagi tidak putus harapan, saya hanya perlu yakin dan maju kehadapan.

~
This story has also been translated into English…https://sayitforward.org/its-all-in-the-past-2/